Saturday, 22 August 2015

6.APA YANG HENDAK DILAKUKAN UNTUK MEREKA BERDUA?!(2)

 "Waalaikummussalam,mak cik dah lama saya tidak berjumpa dengan mak cik." Umairah membalas salam dan bertanya kepada Puan Amalina yang baru masuk ke dalam bilik itu. Puan Amalina melihatnya dari bawah ke atas dan bertanya "Wah,dah besar anak kamu ni Haslinda."sambil memandang Puan Haslinda. "Takkanlah saya masih budak lagi.Bukan empat tahunlah mak cik!" kata hati Umairah yang menahan marahnya kerana dianggap seperti budak perempuan.                                       "Umairah,apa yang mak cik cakap penting tau. Umairah mak cik nak kamu pilih siapa yang sesuai dengan Umairah. Shazarul,Effendi atau Tahar?" sambil menunjuk ke arah mereka bertiga. Umairah terkejut lalu dia bertanya "Mak cik, Umairah masih remaja lagi dan tak sesuai untuk bincang tentang hal itu." Umairah faham apa yang dimaksudkan oleh Puan Amalina lalu dia keluar dari bilik itu dengan perasaan marah.