Friday, 31 July 2015

5.APA YANG HENDAK DILAKUKAN UNTUK MEREKA BERDUA?!

Mereka semua yang berada dalam bilik itu mengetawakan akan gelagat Encik Abu dan Effendi yang mencari bilik ibu Umairah,Puan Haslinda. "Kenapa awak tak pergi tanya jururawat, kan senang je kan?!" Puan Haslinda hanya menyoal suaminya yang tidak buat seperti itu. Encik Abu hanya menjawab" Sebenarnya Effendi ni yang sesat. Saya pergi cari dia, rupa-rupanya dia pergi makan. Dia saja je buat saya risau."
      "Effendi,awak ni macam budak-budak dan buat ayah saya risau!" Umairah memarahi Effendi yang membebankan ayahnya. "Assalamualaikum,semua! Haslinda, awak dah bincang pasal perancangan yang kita bincang semalam,ke?" Puan Amalina masuk dan mengejutkan mereka semua yang berada dalam bilik itu.
       

Thursday, 9 July 2015

4.HUBUNGAN PERSAHABATAN (2)

"Eh,Shazarul kenapa kamu macam malu ni?Oh,rupanya awak malu nak berjumpa dengan Umairah sebab dia dah kurus dan cantik kan,betulkan Shazarul?!"Taufiq mengusiknya yang hanya memerhatikan Umairah. Umairah baru menyedari yang dirinya diperhatikan oleh Shazarul. "Sudah lama tidak berjumpa dengan awak,Shazarul. Dulu saya lebih tinggi dan gemuk. Sekarang saya pendek dan kurus,kan?Sekarang awak lagi tinggi daripada saya." Umairah hanya berkata seperti itu."Umairah mana Effendi?Ibu tak nampak dia langsung."Puan Haslinda menegurnya kerana Effendi tidak ada di dalam bilik itu.
       "Assalamualaikum,semua orang rindukan saya tak?"Effendi membuka pintu itu dengan penuh semangatnya. Encik Abu menolaknya dengan perlahan seperti kepenatan. "Effendi,tadi awak pergi mana?Sebenarnya ianya kerana awak ni dengan ayah saya lama nak sampai pergi ke sini." Umairah  menegur Effendi yang baru masuk ke dalam bilik itu. Effendi hanya menjawab"Ianya adalah rahsia saya dan Encik Abu." sambil mengelip mata dengan Encik Abu. "Eh,dah besarpun nak rahsia  macam budak-budak." Puan Haslinda hanya menegur Effendi yang sedang menipu Umairah. "Sebenarnya saya dan Effendi sesat nak cari bilik ini.Minta maaf kerana merisaukan awak." Encik Abu memberi tahu yang dirinya sesat di dalam hospital bersama dengan Effendi.

Friday, 3 July 2015

3.HUBUNGAN PERSAHABATAN

"Wah,akhirnya dah sampai di hospital!"sambil menarik nafas yang mendalam oleh Umairah. "Eh,Umairah awak nak pergi ke mana?Tunggulah saya ni."melihat Umairah yang sedang berlari ke bangunan hospital. "Saya nak pergi berjumpa dengan ibu saya! Awak tunggulah ayah saya." menjerit kepada Effendi dari jarak yang jauh. "Biarkanlah,dia memang macam itu. Dia selalu merindui ibunya yang sedang sakit dan selalu menjaga saya." sambil melihat Effendi yang ingin menyusul Umairah. "Apa yang pelik,saya tetap tidak mengenali Effendi. Walaupun dia ambil berat tentang saya." kata hati Umairah.                                                                                                                                                    "Siapa mereka ini?Mungkin mereka ni adalah Tahar dan Taufiq yang abah ceritakan dalam kereta. Pelik siapa lagi seorang lelaki yang sedang berbual dengan ibu." melihat ibunya yang sedang berbual dengan tiga orang jejaka dari luar. "Puan Haslinda, ada seorang budak perempuan sedang perhatikan kitalah"kata salah seorang jejaka yang berada di dalam bilik itu. "Umairah,jemputlah masuk dalam untuk berjumpa dengan Puan Haslinda." salah seorang jejaka menyuruhnya untuk masuk. Tanpa berlengah lagi Umairah masuk dan menuju ke arah ibunya. "Ibu,Umairah risau sangat kalau ada sesuatu terjadi kepada ibu. Lagipun siapa mereka ini ibu?" Umairah melihat wajah mereka yang hanya memandang Umairah. "Umairah, ini adalah Tahar dan yang ini pula adalah Taufiq. Mereka ini abang kepada Effendi. Yang sedang duduk ni pula ialah Shazarul. Mereka ni kawan Umairah semasa Umairah tadika. Sudah sembilan tahu dah berlalu,betul tak Shazarul?"Puan Haslinda hanya melihat wajah Shazarul yang kemerah-merahan kerana berjumpa dengan Umairah. "Ianya betul,Puan Haslinda."sambil memerhati Umairah yang berdiri di sebelahnya.

Thursday, 2 July 2015

2.KENALAN LAMA

"Minta maaf, janganlah marah nanti cepat tua." Umairah hanya menahan dengan kata-kata Effendi. Umairah dan Effendi terkejut ada sebuah kereta yang laju berhenti di hadapan mereka. Umairah tahu siapa pemandu tersebut. Pemandu tersebut keluar dari keretanya.Rupa-rupanya bapa Umairah,Encik Abu. "Umairah, abah minta maaf lambat sebab banyak kerja tadi." Encik Abu memohon maaf sambil menggaru kepala. " Tidak mengapa,setiap manusia ada salahnya." sambil sedekahkan senyuman yang manis. " Maafkan saya, Encik Abu masih ingat lagi tak saya ni?" tiba-tiba Effendi mengganggu perbualan antara Umairah dan Encik Abu. "Oh pak cik ingat kamu adalah Effendi,betul tak?" Umairah terkejut bapanya mengenali Effendi. "Abah cepatlah Umairah nak pergi melawat ibu di hospital sekarang!" menujuk wajah yang risau. "Effendi, nak ikut pak cik tak pergi ke hospital melawat isteri pak cik yang sedang sakit?Tahar dan Taufiq ada disana kerana menemani ibu kamu."
Encik Abu hanya melihat menunggu jawapan yang akan diberikan oleh Effendi. "Kalau Umairah bagi baru saya ikut." Effendi dan Encik Abu menunggu jawapan Umairah. Umairah hanya mengangguk dan sedekahkan senyuman.                                                                                                         "Umairah ingat lagi tak waktu Umairah kecil lagi? Umairah, tak pandai nak berkawan dengan orang lain. Umairah selalu menangis kerana selalu kena buli." ayahnya menceritakan kisahnya semasa dia berumur enam tahun. " Setelah saya berpindah berhadapan rumah pak cik, saya yang pertama berkawan dengannya, betul tak Umairah?!" menunggu jawapan Umairah yang duduk di belakang pemandu kereta " Betul ke,abah?" Umairah hanya menunggu. " Ianya betul,Umairah..."