Monday, 11 April 2016

10. KENANGAN INDAH(2)

"Ehmm tu betul, tapi kenapa semua masalah tu datang kepada aku untuk tahun ni. Kau pun tahukan yang aku ni nak menduduki ujian besar kau pun akan mendudukinya juga. Kenapa tak berlaku lagi beberapa tahun lagi ke, betulkan Shazarul?!" Umairah berleter kepada Shazarul. Shazarul hanya memberi pendapat untuk menenangkan Umairah. " Apapun kita hanya hamba Nya yang lemah mengikut apa yang dicatat untuk kita oleh Nya." Shazarul menasihati Umairah yang selalu lari dari semuanya.
       "Hah, apa yang kamu berdua ni bualkan. Ishh... Shazarul ni bukan nak telefon kita berdua buat penat aku dan yang lain mencari si Umairah. Umairah pun satu bukan nak telefon ke ni nak tambahkan masalah untuk mencari." Tahar menegur mereka setelah menjumpainya. " Maaf, Tahar. " menjawab dengan serentaknya.

Sunday, 10 April 2016

9. KENANGAN INDAH

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Umairah membalas senyuman Shazarul itu. " Ishh kau ni kenapa lari je bila ada masalah yang datang kepada kau, hah!?" Shazarul menyoal Umairah yang masih menarik nafas tenang dan lega. Umairah menjawab soalannya selepas 2 minit kemudian "Yang sebenarnya aku tak suka semua masalah selalu menimpa aku. Aku ni hamba yang lemah. Pasal hal perkahwinan itu tambah....." . "Tambah masalah lagi? Hidup ni memang akan banyak masalah yang akan mendatang Umairah. Kita dihidupkan oleh Nya untuk menambah taubat dan untuk dinilai baik dan buruk kita sebagai hamba Nya. Betulkan, Umairah?" Shazarul berleter kepada Umairah .