Saturday, 30 July 2016

11. KENANGAN INDAH(3)

" Umairah pergilah jumpa Puan Haslinda. Nanti kau juga yang sedih, betul tak?!" kata Tahar dengan suara yang lembut. " Shazarul, boleh tak kau tunggu sekejap ada yang aku nak bincangkan dengan kau. Umairah pergilah dulu yee. Nanti aku ngan Shazarul menyusul gi wat mak kau. Bye..." sambil menghayungkan tangan ke arah Umairah. Shazarul memandang Tahar dengan penuh curiga. " Hoi, Shazarul. Boleh tak serahkan Umairah tu kepada aku?" memandang tepat ke arah Shazarul. " Eh, apa maksud kau ni Tahar? Kitakan kawan... Ala kau ni Puan Haslinda belum pi..." " Aku dah dengar semua perbualanyang dibincangkan antara mak aku dengan mak Umairah. Diorang pilih kau. Bukan aku... Entahlah kenapa pilihan mak aku tetap kau. Walaupun aku ni anak dia, mak aku tetap sokong kau, hah!!" Shazarul hanya mendengar lenteran Tahar dengan suaranya yang kuat dan kelihatan marahnya itu..

Monday, 11 April 2016

10. KENANGAN INDAH(2)

"Ehmm tu betul, tapi kenapa semua masalah tu datang kepada aku untuk tahun ni. Kau pun tahukan yang aku ni nak menduduki ujian besar kau pun akan mendudukinya juga. Kenapa tak berlaku lagi beberapa tahun lagi ke, betulkan Shazarul?!" Umairah berleter kepada Shazarul. Shazarul hanya memberi pendapat untuk menenangkan Umairah. " Apapun kita hanya hamba Nya yang lemah mengikut apa yang dicatat untuk kita oleh Nya." Shazarul menasihati Umairah yang selalu lari dari semuanya.
       "Hah, apa yang kamu berdua ni bualkan. Ishh... Shazarul ni bukan nak telefon kita berdua buat penat aku dan yang lain mencari si Umairah. Umairah pun satu bukan nak telefon ke ni nak tambahkan masalah untuk mencari." Tahar menegur mereka setelah menjumpainya. " Maaf, Tahar. " menjawab dengan serentaknya.

Sunday, 10 April 2016

9. KENANGAN INDAH

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Umairah membalas senyuman Shazarul itu. " Ishh kau ni kenapa lari je bila ada masalah yang datang kepada kau, hah!?" Shazarul menyoal Umairah yang masih menarik nafas tenang dan lega. Umairah menjawab soalannya selepas 2 minit kemudian "Yang sebenarnya aku tak suka semua masalah selalu menimpa aku. Aku ni hamba yang lemah. Pasal hal perkahwinan itu tambah....." . "Tambah masalah lagi? Hidup ni memang akan banyak masalah yang akan mendatang Umairah. Kita dihidupkan oleh Nya untuk menambah taubat dan untuk dinilai baik dan buruk kita sebagai hamba Nya. Betulkan, Umairah?" Shazarul berleter kepada Umairah .

Saturday, 30 January 2016

8.TAK BERSEDIA LAGI

 Pencarian masih diteruskan. Mereka tahu yang Umairah masih berdekatan dengan hospital. Kehilangannya membuatkan semua orang risau akan dirinya yang entah ke mana itu. Hanya Encik Abu yang tahu keberadaan Umairah. Encik Abu tahu yang Umairah suka pergi ke surau untuk berdoa dan tempat untuk dia merajuk. Umairah menyejuk hatinya dengan membaca yassin.
       Setelah selesai Umairah keluar dari surau yang jauh dari bangunan hospital yang adanya Puan Haslinda dan yang lain. "Umairah, awak pergi ke mana?Puas aku,abang Taufiq dan Tahar cari kau merata-rata tau!" Shazarul berkata kepada Umairah yang baru keluar dari pagar surau itu. Umairah lihat air muka Shazarul yang begitu penat. "Memandangkan kau dah begitu penat,apa kata aku belanja air untuk kau,nak tak?!" sambil melihat Shazarul yang dah nak pengsan. Risau sangat si Shazarul kepada Umairah.
       "Wah,penatnya aku! Syukurlah aku dapat jumpa kau dulu.Fuhhh...." Shazarul berkata kepada Umairah setelah selesai minum air mineral di sebuah kedai. Memandang Umairah dengan senyuman yang manis.