Hari persekolahan sudah bermula. Selepas cuti sekolah berakhir, akhirnya dapat berjumpa kawan yang berjauhan rumah. Selepas perhimpunan, masuk ke kelas mengikut keputusan ujian tahun lepas. Selepas rehat, terdapat baru yang berdiri bersebelahan ibunya sambil mendengar percakapan ibunya dengan Cikgu Aishah. Setelah selesai, cikgu menyuruhnya memperkenalkan dirinya. " Assalamualaikum, nama saya Muhammad Amirul Effendi Bin Muhammad Abdullah. Saya berasal dari Pahang. Saya tak nak cakap panjang sangat. Kalau nak tahu lebih lanjut. Jadilah kawan saya." Effendi hanya sedekahkan senyumannya yang manis dan membuatkan ramai perempuan menyukainya. Puan Aishah menyuruh Effendi duduk sebelah Amir. Effendi tidak mahu mengikut kehendak cikgu. " Cikgu izinkan saya duduk sebelah Umairah, kawan baik saya dia tu cikgu. Bolehlah?" menunjukkan muka yang meraih simpati. "Umairah kamu izinkan dia ke?" Umairah hanya mengangguk sahaja. Effendi berdiri di hadapan Umairah dan berkata " Terima kasih kerana menjadi kawan saya semasa kecil lagi." Kata-katanya menghairankan Umairah. Sesi pembelajaran sudah berakhir, semua orang sudah pulang yang tinggal hanyalah Umairah. Rumahnya dekat dengan sekolah tetapi dia tetap menunggu bapanya untuk pergi ke hospital. "Umairah!Umairah!Umairah!..." Umairah terdengar namanya dipanggil berkali-kali oleh seorang lelaki dari jauh. Ianya membuatkan Umairah takut. Suara itu semakin kuat dan menghampirinya. " Hai, Umairah kenapa tak pusing belakang? Saya panggil banyak kali tak dengar ke?" Rupa-rupanya Effendi. " Saya ingat siapa tadi. Buat orang takut je tadi. Saya ingat orang jahat tadi." menunjukkan muka bengang.
No comments:
Post a Comment