"Minta maaf, janganlah marah nanti cepat tua." Umairah hanya menahan dengan kata-kata Effendi. Umairah dan Effendi terkejut ada sebuah kereta yang laju berhenti di hadapan mereka. Umairah tahu siapa pemandu tersebut. Pemandu tersebut keluar dari keretanya.Rupa-rupanya bapa Umairah,Encik Abu. "Umairah, abah minta maaf lambat sebab banyak kerja tadi." Encik Abu memohon maaf sambil menggaru kepala. " Tidak mengapa,setiap manusia ada salahnya." sambil sedekahkan senyuman yang manis. " Maafkan saya, Encik Abu masih ingat lagi tak saya ni?" tiba-tiba Effendi mengganggu perbualan antara Umairah dan Encik Abu. "Oh pak cik ingat kamu adalah Effendi,betul tak?" Umairah terkejut bapanya mengenali Effendi. "Abah cepatlah Umairah nak pergi melawat ibu di hospital sekarang!" menujuk wajah yang risau. "Effendi, nak ikut pak cik tak pergi ke hospital melawat isteri pak cik yang sedang sakit?Tahar dan Taufiq ada disana kerana menemani ibu kamu."
Encik Abu hanya melihat menunggu jawapan yang akan diberikan oleh Effendi. "Kalau Umairah bagi baru saya ikut." Effendi dan Encik Abu menunggu jawapan Umairah. Umairah hanya mengangguk dan sedekahkan senyuman. "Umairah ingat lagi tak waktu Umairah kecil lagi? Umairah, tak pandai nak berkawan dengan orang lain. Umairah selalu menangis kerana selalu kena buli." ayahnya menceritakan kisahnya semasa dia berumur enam tahun. " Setelah saya berpindah berhadapan rumah pak cik, saya yang pertama berkawan dengannya, betul tak Umairah?!" menunggu jawapan Umairah yang duduk di belakang pemandu kereta " Betul ke,abah?" Umairah hanya menunggu. " Ianya betul,Umairah..."
No comments:
Post a Comment