Thursday, 9 July 2015

4.HUBUNGAN PERSAHABATAN (2)

"Eh,Shazarul kenapa kamu macam malu ni?Oh,rupanya awak malu nak berjumpa dengan Umairah sebab dia dah kurus dan cantik kan,betulkan Shazarul?!"Taufiq mengusiknya yang hanya memerhatikan Umairah. Umairah baru menyedari yang dirinya diperhatikan oleh Shazarul. "Sudah lama tidak berjumpa dengan awak,Shazarul. Dulu saya lebih tinggi dan gemuk. Sekarang saya pendek dan kurus,kan?Sekarang awak lagi tinggi daripada saya." Umairah hanya berkata seperti itu."Umairah mana Effendi?Ibu tak nampak dia langsung."Puan Haslinda menegurnya kerana Effendi tidak ada di dalam bilik itu.
       "Assalamualaikum,semua orang rindukan saya tak?"Effendi membuka pintu itu dengan penuh semangatnya. Encik Abu menolaknya dengan perlahan seperti kepenatan. "Effendi,tadi awak pergi mana?Sebenarnya ianya kerana awak ni dengan ayah saya lama nak sampai pergi ke sini." Umairah  menegur Effendi yang baru masuk ke dalam bilik itu. Effendi hanya menjawab"Ianya adalah rahsia saya dan Encik Abu." sambil mengelip mata dengan Encik Abu. "Eh,dah besarpun nak rahsia  macam budak-budak." Puan Haslinda hanya menegur Effendi yang sedang menipu Umairah. "Sebenarnya saya dan Effendi sesat nak cari bilik ini.Minta maaf kerana merisaukan awak." Encik Abu memberi tahu yang dirinya sesat di dalam hospital bersama dengan Effendi.

No comments:

Post a Comment