Friday, 3 July 2015
3.HUBUNGAN PERSAHABATAN
"Wah,akhirnya dah sampai di hospital!"sambil menarik nafas yang mendalam oleh Umairah. "Eh,Umairah awak nak pergi ke mana?Tunggulah saya ni."melihat Umairah yang sedang berlari ke bangunan hospital. "Saya nak pergi berjumpa dengan ibu saya! Awak tunggulah ayah saya." menjerit kepada Effendi dari jarak yang jauh. "Biarkanlah,dia memang macam itu. Dia selalu merindui ibunya yang sedang sakit dan selalu menjaga saya." sambil melihat Effendi yang ingin menyusul Umairah. "Apa yang pelik,saya tetap tidak mengenali Effendi. Walaupun dia ambil berat tentang saya." kata hati Umairah. "Siapa mereka ini?Mungkin mereka ni adalah Tahar dan Taufiq yang abah ceritakan dalam kereta. Pelik siapa lagi seorang lelaki yang sedang berbual dengan ibu." melihat ibunya yang sedang berbual dengan tiga orang jejaka dari luar. "Puan Haslinda, ada seorang budak perempuan sedang perhatikan kitalah"kata salah seorang jejaka yang berada di dalam bilik itu. "Umairah,jemputlah masuk dalam untuk berjumpa dengan Puan Haslinda." salah seorang jejaka menyuruhnya untuk masuk. Tanpa berlengah lagi Umairah masuk dan menuju ke arah ibunya. "Ibu,Umairah risau sangat kalau ada sesuatu terjadi kepada ibu. Lagipun siapa mereka ini ibu?" Umairah melihat wajah mereka yang hanya memandang Umairah. "Umairah, ini adalah Tahar dan yang ini pula adalah Taufiq. Mereka ini abang kepada Effendi. Yang sedang duduk ni pula ialah Shazarul. Mereka ni kawan Umairah semasa Umairah tadika. Sudah sembilan tahu dah berlalu,betul tak Shazarul?"Puan Haslinda hanya melihat wajah Shazarul yang kemerah-merahan kerana berjumpa dengan Umairah. "Ianya betul,Puan Haslinda."sambil memerhati Umairah yang berdiri di sebelahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment